Friday, 10 June 2011

Erti Hidup Seorang Hamba

Sememangnya kehidupan ini merupakan seseuatu yang kita perlu teruskan sehinggalah ke penghujung waktunya.Dunia ini diibaratkan sebagai sebuah perjalanan bagi seorang sang musafir.Ia datang dan ia juga akan berlalu.Namun,adakah kedatangan kita kedunia ini akan membawa kita kepada penyudah yang baik ataupun sebaliknya?Maka teramat rugilah bagi manusia yang mendapat kemurkaan oleh Allah kelak.Oleh itu,selaku hamba yang mengaku beriman sewajarnya kehidupan ini dihiasi amalan-amalan yang akan membawa kita kepada redha Allah s.w.t.
Dalam pada itu,manusia pada zaman ini sememangnya sudah lupa atau buat-buat lupa akan tujuan asal dijadikan di dunia ini.Masih ramai yang belum melakukan perkara-perkara yang dituntut oleh agama sama ada di dalam bidang muamalat,ibadat,akhlak,ekonomi bahkan siasah sekalipun.Bukankah kita dijadikan semata-mata untuk beribadah dan sebagai khalifah yang akan memakmurkan dunia ini?Tidak dinafikan ramai yang menyedari akan hal ini.Tetapi segelintir sahaja yang  mengamalkannya.Justeru,marilah sama-sama berdoa semoga kita tergolong di dalam golongan yang sentiasa mendapat kebenaran dan kemenangan di dunia dan akhirat..Insya-Allah.
Hidup ini sememangnya singkat dan sementara.Rebutlah peluang yang disediakan di dunia ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi saw bersabda:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.

2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas.

3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.

4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.

6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.

7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.”

Hadis riwayat imam Tirmizi.

Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu. 
Firman Allah swt:

“Adakah manusia menyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?”

Ayat 36 surah al-Qiamah

Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hampiri dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. 
Firman Allah swt:

“ Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu.”

Ayat 8 surah al-Jumaah

Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. 
Firman Allah swt:
“ Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.”

Natijahnya,hidup yang singkat bermakna  perlunya menggandakan amalan dan penghambaan diri kepada Allah.Dengan izin-Nya kita akan beroleh kejayaan seperti yang diharapkan dalam erti hidup sebagai seorang hamba-NYA...

    No comments:

    Post a Comment